Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, perbaikilah kami, angkatlah darjat kami, berilah kami rezeki, pimpinlah kami, afiatkanlah kami dan maafkanlah kami.

Waktu Solat Bagi Bandar Gerik dan yang sewaktu dengannya

Thursday, April 15, 2010

P94 HULU SELANGOR : Zaid cabar Muhyiddin dan seluruh barisan tertinggi isytihar harta


HULU SELANGOR – Calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim bersedia mendedahkan kekayaannya dan mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh anggota barisan tertinggi kerajaan.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mendakwa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, dan bukannya kemampuan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


“Jadi saya akan dedahkan harta, jika mereka berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya di sini, malam kelmarin.

Menurut Zaid, beliau turut menyangkal dakwaan bekas rakan seperjuangannya dalam Kabinet yang mengatakan beliau mengamalkan rasuah.

Selain itu Zahid juga menafikan dakwaan yang mengatakan beliau mempunyai rumah di Dubai, London dan Australia berikutan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

“Saya berharap ia betul, tetapi saya hanya ada rumah di Kota Bharu, yang dibeli 15 tahun lalu dan sebuah lagi di Petaling Jaya,” katanya.

Beliau yang sebelum ini merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memulakan kempen tidak rasminya sebagai calon PR setelah diumumkan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, Selasa lalu.

0 comments: