Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, perbaikilah kami, angkatlah darjat kami, berilah kami rezeki, pimpinlah kami, afiatkanlah kami dan maafkanlah kami.

Waktu Solat Bagi Bandar Gerik dan yang sewaktu dengannya

Sunday, May 2, 2010

Hisham mahu rakyat adil terhadap polis...adakah polis selama ini bersikap adil kepada rakyat..???





Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu rakyat lebih bersikap adil terhadap polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan berkenaan.

Beliau berkata isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah,15, Isnin lepas tidaklah perlu diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap pasukan polis. -malaysiakini

PAS TAKUT MEDIA MAYA

Tegur kerajaan BN boleh melalui ceramah, akhbar dan media maya.

Tetapi jika nak tegur pemimpin Pas kena beradab dan tak boleh di media maya.

Jika Pas memerintah agaknya, dikhuatiri pemimpinnya lagi tak boleh ditegur!!!!!

Alasan "kena beradab" dan "musuh tau" - hanya alasan basi nak menutup kepada kelemahan dan tak rela ditegur oleh segelintir pemimpim Pas yang tak pro perubahan dan tak bersifat terbuka.

Thursday, April 29, 2010

Ayuh Dakwa Tuan Guru! - Ali Zaidan

" Aku sebenarnya sedang berada di Hulu Terengganu atas urusan kerja. Senak jugak dekat sini, internet slow. Nasib baik Maxis Broadband boleh tahan speednya. Tengahhari tadi, sempat turun sekejap, beli surat khabar. Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini berkenaan dedahan Kickdefella tentang peruntukan RM 4 juta yang dibagi untuk menyerang pentadbiran Pak Lah dengan matlamat mempertahankan kerajaan PAS Kelantan.

Aku termenung sekejap. Bukan terkejut dengan dedahan Kickdefella, tapi sebab tak ada isu sangat Utusan Malaysia ni sampaikan sampah sarap blog pun di kutip jadi headline.

Tapi kalau fikir balik, suratkhabar macam ni jugak yang buat pendedahan muka depan tentang sesetengah blogger Umno yg nak publish gambar Zaid minum arak, turn out, gambar itu superimpose.

Alahai bodohnya. Siapalah yang Pengarang Utusan yang kecik sangat otaknya tu. Utusan dah jadi lagi teruk dari URTV atau Mangga. Gosip 24 jam!

Ikut hati aku malas jawab, sebab bodoh sangat. Lagipula, persoalan yang pernah aku timbulkan tentang pendedahan dia dulu tak ada pula disentuhnya. Dia lagi berminat dengan Tulang Besi. Ya la, yang boleh pancung kau beranila Kick!

Tapi bila ada kawan2 yang mesej minta penjelasan, aku gagahkan diri menaip dengan netbook kecil dibantu Maxis Broadband. Terima kasih Ananda Krishnan!

1. Pendedahan itu langsung tidak disertakan dengan apa-apa bukti sokongan. Jadi apa hal kita nak percaya pula? Satu dokumen rasmi pun yang menunjukkan penyelewangan berlaku tidak langsung didedahkan. Jadi, apa sebab untuk anda percaya?

Takat mengembek, kambing pun boleh buat!

2. Kita semua tahu operasi gerak saraf yang dimaksudkan oleh Kickdefella ialah Global Media Channel (GMC). GMC ditubuhkan sebagai tindak balas kepada serangan Cybertrooper UMNO menyerang pemimpin dan kerajaan negeri. Soalan, apa masalahnya? Penubuhan Unit Media mempertahankan kredibiliti mana-mana kerajaan ialah satu perkara biasa. Imej ialah hal penting bagi kerajaan.

RM4 juta untuk operasi 3 tahun ialah jumlah yang logik. Kira-kira RM100k sebulan. Perbelanjaan operasi, pengurusan dan gaji.

Lainlah 77juta setahun. Baru tak logik!

3. Kalau benar peruntukan RM4juta itu datang dari sumber penyelewengan, maka ia ialah sumber haram dan Kickdefella telah hidup dan membesar dan membuncit dengan harta haram dalam tempoh 3 tahun. Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, neraka lebih utama baginya. Hadis ni bang, bukan aku saja-saja cakap.

Ha, kan dah terludah kat muka sendiri.

4. Aku paling benci ayat ini:

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan

Engkau urus, engkau sendiri tak tahu mana datang duit tu? Apa punya leader kau ni. Kau buat pendedahan, tapi orang lain kena buktikan. Mana undang2 kau belajar? Sendiri tuduh sendiri kasi buktila macha!

Tok Guru jangan jawablah. Buat jatuh prestij Tok Guru saja. Tuduhan tak ada bukti ni, orang macam saya sudah la jawab."


Thursday, April 15, 2010

P94 HULU SELANGOR : Zaid cabar Muhyiddin dan seluruh barisan tertinggi isytihar harta


HULU SELANGOR – Calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim bersedia mendedahkan kekayaannya dan mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh anggota barisan tertinggi kerajaan.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mendakwa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, dan bukannya kemampuan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


“Jadi saya akan dedahkan harta, jika mereka berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya di sini, malam kelmarin.

Menurut Zaid, beliau turut menyangkal dakwaan bekas rakan seperjuangannya dalam Kabinet yang mengatakan beliau mengamalkan rasuah.

Selain itu Zahid juga menafikan dakwaan yang mengatakan beliau mempunyai rumah di Dubai, London dan Australia berikutan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

“Saya berharap ia betul, tetapi saya hanya ada rumah di Kota Bharu, yang dibeli 15 tahun lalu dan sebuah lagi di Petaling Jaya,” katanya.

Beliau yang sebelum ini merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memulakan kempen tidak rasminya sebagai calon PR setelah diumumkan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, Selasa lalu.

Sunday, April 11, 2010

Khalid: PAS harus keluar PR jika rasa rugi tapi jangan khianat

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 11 April — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menasihatkan PAS harus keluar Pakatan Rakyat (PR) jika merasakan keanggotaan dalam ikatan itu merugikan perjuangan parti Islam itu, tetapi sama sekali tidak menghianati persefahaman yang telah dicapai.

Sehubungan itu tegas beliau, PAS juga tidak harus menjadi “gunting dalam lipatan” hanya kerana tidak bersetuju dengan sesetengah tindakan dalam PR memandangkan ikatan itu dibentuk berdasarkan keputusan jemaah.

Dalam pandangan ketika PR bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, anggota Biro Politik PAS ini menambah, jika PAS merasakan dengan berada dalam PR merugikan, maka “keluar sahajalah dan jangan khianat.”

“Tetapi, apabila dalam Pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap Pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup. Tercemar imej Islam.

“Bersama PR merupakan keputusan jemaah dan mengukuhkan PR juga keputusan jemaah. Maka laksanakan dengan jujur dengan kefahaman jelas terhadap proses perubahan yang saya nyatakan tadi,” kata Khalid dalam tulisan terbaru blognya.

Dalam menjawab reaksi pengunjung-pengunjung berhubung tulisan sebelum ini yang bertajuk “Bukti Kejujuran dan Keikhlasan Terhadap Pakatan Rakyat”, Khalid berkata “jikalau tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, diam atau keluar.”

“Jangan sekali-kali menimbulkan masalah dalam jemaah dengan adanya ‘agenda sendiri’,” katanya lagi.

Artikel itu yang disiarkan 11 Mac lalu menyambut tindakan tegas diambil Parti Keadilan Rakyat ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin. Zulkifli, yang membuat laporan polis terhadap Khalid kemudian telah dipecat dari PKR.

Khalid dan Zulkifli yang berhadapan dengan 'perang mulut' ekoran isu kalimah Allah sejak awal tahun ini berkata, walaupun berhadapan dengan kemelut peristiwa wakil rakyat yang melompat, PKR masih tetap sanggup melakukan apa yang diperlukan untuk menjamin kestabilan PR.

Justeru dalam tulisan semalamm Khalid menjawab pandangan yang diberikan oleh pengunjung-pengunjung blognya.

Khalid juga berkata, beliau yakin PAS tidak akan mengetepikan PR kerana mereka tidak pernah bertindak khianat terhadap parti Islam itu.

Oleh itu tegasnya, tidak wajar pula PAS menunggu-nunggu alasan untuk mengkhianati mereka.

“Saya tidak kata letak PR atas kepala dan PAS atas bahu. Hakikatnya perumpamaan itu tidak wajar.

“PR adalah keputusan PAS. Kalau dengan meletakkan PR di atas bahu dengan sendirinya kita memperkecilkan keputusan PAS.

“Bahawa ia tidak penting dan boleh diketepikan bila-bila masa atas alasan ia hanya atas bahu. Maka ketepikan PR sekiranya PAS kata kita ketepikan bukan apabila ada yang berkepentingan minta ia diketepikan,” katanya.

Sambil menekankan artikel beliau bulan lalu sebenarnya mempunyai “serampang banyak mata”, menurut Khalid yang penting ialah mempelajari daripada pengalaman yang ada dan dari sahabat dan rakan perjuangan.

Oleh itu kata beliau, antara yang perlu dipelajari ialah semua perlu mengetepikan ‘kepentingan’ diri demi mencapai persepakatan yang lebih mantap dalam PR.

“Contoh-contoh yang saya berikan adalah berasaskan fakta. Bagaimana PKR dan DAP mengetepikan kepentingan parti demi PR.

“Tetapi, kalau ada yang terasa, memang itulah tujuannya pun. Untuk Pakatan kukuh, setiap parti mesti sanggup mengutamakan kepentingan PR tanpa mengorbankan dasar parti sendiri dan tidak bersikap ‘mementingkan diri’,” katanya.

Khalid berkata, kepentingan dan dasar adalah tidak sama, dan ramai yang tidak faham sambil mungkin menganggap perjuangan PAS adalah perjuangan untuk ‘kepentingan’ PAS.

Jelas beliau, sebenarnya PAS memperjuangkan dasarnya iaitu Islam bukan kepentingannya seperti mahu Menteri Besar mesti dari PAS walaupun hanya lapan kerusi atau hendak menjadi Ketua Pembangkang mesti dari PAS dan sebagainya.

“Perjuangan dalam PAS bukanlah untuk jawatan tetapi untuk menentukan jalan ke arah kefahaman dan kebangkitan Islam di buka luas.

“Pada masa yang sama PAS ingin menzahirkan keadilan Islam dan kelebihan pejuang Islam, termasuk dalam adab berkawan dan berpakat.

“Dengan itu akan tersebar luas kefahaman dan pengaruh Islam sebagai cara hidup dengan membawa perubahan dalam pemikiran rakyat, mengubah persepsi rakyat (Islam dan bukan Islam) terhadap Islam sehingga akhirnya memungkinkan Islam menjadi asas kepada pemerintahan yang akan mampu menjamin kesejahteraan umat Islam dan yang bukan Islam,” katanya.

Dalam penerangan panjang lebar ini, Khalid yang sedang menjalani hukuman digantung jawatan dalam parti selama enam bulan ekoran masalah disiplin memberitahu, di atas keyakinan bahawa PR tidak menghalang usaha ini, maka PAS bersama mereka.

“Pada masa sama, PAS memerintah dengan melaksanakan prinsip ‘good governance’ yang dituntut Islam. Yang pasti, PAS tidak boleh buat ini semua sekiranya bersama Umno-BN,” katanya.

Beliau menambah, dominasi Islam bukan sesuatu yang hendak dituntut atau dilaung-laungkan.

“Teriak macam budak kecil yang tidak diberi apa yang dikehendakinya. Pemikiran Islam memang tidak dominan sekarang, itu hakikatnya dan kita berusaha untuk mengubah keadaaan ini.

“Pemikiran Islam mestilah menjadi yang dominan sebelum kita boleh mendapat sokongan untuk memerintah berdasarkan Islam.

“Saya sebenarnya hairan dengan golongan yang melaung-laungkan slogan “Islam mesti dominan” tetapi sikap dan tindakan mereka begitu meloyakan mata yang memandang,” kata Khalid.

Beliau juga menarik perhatian bahawa “mereka anggap Islam akan menjadi dominan atas desakan dan ugutan mereka sedangkan tindakan mereka menghalau orang dari Islam.”

Ini termasuklah sikap mementingkan diri semasa dalam PR, kata Khalid sambil menambah, “sikap sebegini akan menyebabkan rakan yang lain tidak tertarik kepada PAS dan oleh itu dengan kepada Islam itu sendiri.”


http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/59449-khalid-pas-harus-keluar-pr-jika-rasa-rugi-tapi-jangan-khianat-

Friday, April 2, 2010

Sidang Media YAB DS Ir Nizar

video

video

Ustaz Ahmad Awang Tidak Cukup syarat




Satu sahaja alasan yang diberikan SU Agung Pas mengapa Ustaz Ahmad Awang tidak dilantik semula kerana:

"Orang yang dipilih mestilah tahu selok belok agama"
Juga Mustapha memberi kriteria lain, ahli Majlis Syura dipilh daripada kalangan terbaik.

Betul ke tu? Atau ada sebab lain?

Saya rasa ustaz Ahmad Awang tidak perlu diperkenalkan lagi-semua ulama kenal beliau. Barang kali bagi SUA Pas ini yang berasakan ustaz Ahmad ini masih tidak cukup ilmu!

Kepada sesiapa yang ingin mendapat gambaran sepintas tentang kewibawaan Ahmad Awang sebagai ulama, boleh klik disini.

Berilah alasan lain yang lebih manis, walaupun di luar sana mereka dapat menduga sebab sebenar Ustaz Ahmad Awang digugur. Alasan yang diberikan itu seoalah-olah memperlekeh keulamaan orang lain, dan menggores hati nurani empunya badan dan orang lain yang mengenali ustaz Ahmad Awang. Alasan yang diberikan itu menunjukkan sikap sebenarnya penuturnya!

Sedangkan para hadirin muktamar tempoh hari masih basah dengan kata-kata Ahmad Awang tentang kegilaan sesetengah pimpinan tertinggi Pas terhadap UMNO!

Saya kira, selepas ini, kita akan dihamparkan dengan kupasan-kupasan Ahmad Awang kerana kedudukannya yang bukan lagi PSJ dan bukan lagi Ahli Majlis Syura Ulama Pas.




http://kraiutara.blogspot.com/2010/04/ustaz-ahmad-awang-tidak-cukup-syarat.html