Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, perbaikilah kami, angkatlah darjat kami, berilah kami rezeki, pimpinlah kami, afiatkanlah kami dan maafkanlah kami.

Waktu Solat Bagi Bandar Gerik dan yang sewaktu dengannya

Thursday, April 1, 2010

Sidang Media oleh YAB DS Ir Nizar

Pendedahan isu APCO oleh DSAI










Dokumen Perjanjian Antara APCO Worlwide Dengan Kerajaan Malaysia

Kuasa dan Muslihat disebalik PERKASA - RPK

Lebih baik bertanya Allah, dari bertanya Nasharuddin!




Salam Pencerahan!

“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati. Allah berfirman: Belum yakinkah kamu (Wahai Nabi Ibrahim a.s)?. Ibrahim menjawab: Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). Allah berfirman: (Kalau demikian) ambillah empat ekor burung lalu cingcanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [2:260]

KENAPA Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa perlu melenting dengan pertanyaan saya kelmarin (30 Mac’10)?

Apabila semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Umno BN di Dewan Rakyat, menentang usaha Umno melantik Badan Perundingan Antarabangsa Apco Worldwide (IAC), iaitu proksi Zionis-Israel; saya bertanya beliau, “Kenapa Ustaz asyik bersembang dengan Datuk (Ahmad) Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan) di Cafeteria (Ahli Parlimen) ini?

Saya berasa, saya wajar mengetahui tentang kepemimpinan saya, apakah perkara yang begitu penting di sisi Nasharuddin sehingga beliau mengutamakan Ahmad Husni dari komitmennya menentang Umno di Dewan Rakyat?

Bukan sahaja lima wartawan Harakah melahirkan rasa hairan melihat kelaku Nasharuddin, seorang wartawan dari suatu akhbar berbahasa Cina yang kebetulan bersama saya pun turut menyuarakan rasa hairan dengan iltizam politik Nasharuddin pada saat itu.

Dalam fikiran saya, sekiranya yang duduk melepak di situ adalah Datuk Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Emas), Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) atau Datuk Zahrain Md Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru) atau Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai); saya tidak kisah.

Mereka Ahli Parlimen Bebas. Mereka dipanggil pengkhianat. Mereka dipanggil ‘Katak-katak Jadian’.

Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Bachok. Nasharuddin adalah Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Nasharuddin bukan Ahli Parlimen Bebas. Nasharuddin bukan Ibrahim, Zulkifli, Zahrain atau Mohsin yang dipanggil ‘katak’ di Parlimen.

Apa sahaja yang dilakukan oleh kepemimpinan parti saya, saya kira saya wajar tahu dan saya wajar berfikir.

Yang anta (kamu) nak tahu kenapa? anta siapa?” Nasharuddin membengis.

Saya pun memperkenalkan diri. Saya membuat pengakuan di depan Nasharuddin sambil diperhati Ahmad Husni bahawa saya merupakan ahli Pas, wartawan Harakahdaily dan blogger anti Kerajaan Perpaduan.

Saya juga membuat pengakuan di depan Nasharuddin, sambil diperhati oleh Husni, yang saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan.

“Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk lepak di sini sedangkan MP-MP Pakatan (Rakyat) yang lain sedang sibuk menghentam fraksi Zionis (Umno) di Dewan Rakyat? Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?” saya mula bertegas.

Nasharuddin menekan suaranya, “Ana (saya) kenal anta (kamu). Ana tahu apa yang anta buat. Semuanya ana tahu (iaitu saya anti pemimpin pro Umno dan Kerajaang Perpaduang), apa yang anta buat. Kenapa anta nak tahu? Kenapa anta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?

Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.

Ana pun kenal hang. Aku pun ada rakaman-rakaman dan bukti pemimpin Pas khianat Pakatan (Rakyat) dengan pergi mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Umno (yang) zalim sebelum ini.”

Husni kemudiannya bersalaman dengan Nasharuddin dan bersalaman dengan saya apabila saya saya serius memperkatakan kepentingan Ahli Parlimen PAS menentang Apco/IAC menggunakan pentas Dewan Rakyat.

Ana tengah dengarkan,” kata beliau sambil menunjukkan peti televisyen di Kafeteria Ahli Parlimen.

Sebab itulah saya nak tahu, kenapa Ustaz berada di sini dan asyik berbual dengan Husni? Saya cuma nak tahu sahaja, kenapa Ustaz tidak berada di Dewan Rakyat pada waktu genting sebegini?” saya mengerut dahi dan mata saya tidak lepas memandang mata hitam Nasharuddin.

Kenapa nta (kamu) nak tahu? Kenapa nta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?” Nasharuddin seperti mengelak untuk memberi jawapan yang wajar apabila saya terus bertanya soal yang sama, ’saya nak tahu…’

Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya,” saya berhujah.

Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno).

Lama juga beliau berdiam dan saya nampak kebengisannya. Saya tidak nampak wajah seorang Timbalan Presiden PAS. Saya tidak nampak wajah seorang ahli PAS dalam dirinya.

Sambil mengusap belakang beliau, saya kemudiannya merapatkan muka kepadanya lalu berbisik, “Ustaz ini Islam, pemimpin Islam dan pemimpin Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya.

Saya Muslim. Saya wartawan paling junior. Saya ahli Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya kerana saya hanya bertanya: kenapa Ustaz di sini (di Kafeteria Ahli Parlimen)?

Kata saya lagi, sekiranya saya seorang Blogger yang tidak bermaruah, saya tidak bersemuka dan bertanya Ustaz semua (persoalan) ini.

Saya kemudiannya meninggalkan Nasharuddin seorang diri di Kafeteria tersebut.

Kemudiannya, saya mendapat tahu bahawa beliau meninggalkan Parlimen, tidak menyertai sesi penghujahan pada sebelah petang di Dewan Rakyat.

Selepas peristiwa itu, banyak wartawan menemui saya. Beberapa Ahli Parlimen PAS juga menemui saya meminta penjelasan lanjut daripada saya.

Saya kata, saya seorang yang tidak pandai politik. Sebab itu, saya pergi bersemuka sendiri dengan Nasharuddin dan bertanya semua persoalan tersebut.

Kalau beginilah sikap kepemimpin PAS, saya anggap beliau tidak layak memimpin jamaah PAS dan tidak layak memimpin kerajaan Malaysia kerana apabila Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Maafkan saya, tulisan ini bukan sekadar tulisan blog. Doa seorang Muslim. Ini doa seorang ahli marhaen Pas.

Kepada semua pelayar blog ‘kecil’ ini, khususnya geng Kerajaang Perpaduan, segelintir pemimpin Pemuda yang bacul dan ahli-ahli PAS yang menyokong usaha membawa PAS bergabung dengan Umno sendiri, sila buat aduan segera tentang entri ini kepada Lembaga Disiplin PAS supaya saya boleh didakwa dan dipecat.

Wallahu ‘alam. Lawan!

———-

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PENGKHIANATAN

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PERKAUMAN

———-

Zainulfaqar Yaacob

Dataran Merdeka | 4.01 pagi



http://zainulfaqar.wordpress.com/2010/03/31/lebih-baik-tanya-allah-dari-bertanya-nasharuddin/

Monday, March 29, 2010

Apa Dosa TGNA Dilucutkan Dari Jawatan Mursyidul Am PAS?

Nik Aziz Bukan Lagi Mursyidul Am PAS Sejak 3 Bulan Lalu

Tanpa disedari Datuk Nik Aziz Nik Mat sebenarnya bukan lagi Mursyidul Am PAS sejak tiga bulan lalu ekoran kesilapan teknikal dalam parti.

Malah seluruh anggota Majlis Syura Ulama seramai 15 turut terlucut jawatan mereka secara automatik selepas pindaan perlembagaan parti yang berkuat kuasa awal tahun ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Nik Aziz boleh dipilih semula selepas Majlis Syura Ulama dilantik semula selepas mesyuarat hari ini.

"Terpulang kepada majlis yang baru sama ada mahu mengekalkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am and Datuk Dr Haron Din sebagai timbalan," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, jurucakap pejabat Setiausaha Agung parti, Mohd Khairol Marzuki memberitahu, Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan perlembagaan itu Januari lalu.

Pindaan itu katanya, ialah menambah tempoh sesi anggota majlis syura kepada lima tahun berbanding tiga tahun sebelum itu.

"Ia juga sejarah bagi parti apabila wakil Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda turut dilantik sebagai ahli dalam majlis syura yang merupakan pembuat keputusan tertinggi dalam parti.

“Sebelum ini, anggota majlis hanya di kalangan ulama dan ahli jawatankuasa pusat," jelasnya.

Selain itu, bilangan anggota majlis juga ditambah dari 15 kepada 17 orang.

Mohd. Khairol berkata, Majlis Syura terdiri daripada empat anggota jawatankuasa pusat, empat ulama dari jawatankuasa pusat, empat dari Dewan Pemuda dan empat ahli Dewan Muslimat.

Dewan Ulama sebelum ini memilih semula Nik Aziz dan Haron sebagai anggota Majlis Syura.

"12 ahli baru telah bermesyuarat Isnin lalu dan telah melantik lima lagi anggota baru," ujarnya.

Kesemua anggota majlis bermesyuarat hari ini untuk memilih Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan setiausaha.

Sementara itu, Nik Aziz memberitahu, beliau tidak kisah jika tidak dipilih semula sebagai Murshyidul Am.

Kebanyakan anggota majlis adalah dari Kelantan. -MSTAR

Ulasan GB

Segalanya kerana Pindaan Perlembagaan. Entah resolusi yang mana dan muktamar yang ke berapa ada menyebut mengenai pindaan perlembagaan bab Majlis Syura.

Ada terlalu banyak "pindaan" dilakukan semenjak Mustafa Ali memegang jawatan Setiausaha Agung.

Anehnya TIADA SIAPA MENYEDARI Perlembagaan PAS telah begitu banyak dipinda, yang sepertimana GB katakan tidak diketahui resolusi yang mana digunakan bagi memindanya sehinggakan organ paling tinggi di dalam parti, iaitu Majlis Syura Ulamak juga telah mengalami pindaan yang begitu drastik selain dari hal-hal seperti Jawatankuasa Disiplin parti.

Satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan kerana tidak jelas kedudukan pindaan perlembagaan ini.

1) Resolusi yang ada kaitan dengan pindaan perlembagaan - tarikh resolusi dikeluarkan dan muktamar ke berapa?

2) Siapa mencadangkan siapa menyokong dan apa butirannya?

3) Mengapa sebelum ini (sebelum Mustafa Ali menjadi Setiausaha Agung), tiada sangat pindaan yang drastik tetapi sebaliknya berlaku selepasnya?

4) Ada kesilapan teknikal sehingga Perlembagaan PAS terlibat sama? Menatang apa kesilapan teknikal sedemikian rupa sehingga bab yang menyentuh institusi paling tinggi parti iaitu Perlembagaan serta badan paling tinggi iaitu Majlis Syura Ulamak tercemar dan terrombak lantarannya? Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan tentang kesilapan teknikal ini?

5)Majlis Syura Ulamak yang pertama tahun ini dipengerusikan oleh Presiden PAS sedangkan berdasarkan Perlembagaan (sebelum dipinda), Mursyidul Am PASlah yang sepatutnya mempengerusi mesyuarat Majlis Syura Ulamak. Apakah selepas ini Presiden PAS adalah pengerusi Majlis Syura Ulamak atau Presiden PAS dinobatkan terus sebagai Mursyidul Am PAS untuk mmempengerusi Majlis Syura Ulamak?

6) Sudahkah pindaan perlembagaan ini telah dimaklumkan dan mendapat restu dua per tiga peserta muktamar seperti kehendak Perlembagaan PAS?

c) Fasal 77: Mengubah Perlembagaan PAS. 1) Adapun Perlembagaan PAS ini atau sebarang bahagian daripadanya bolehlah dipinda atau dibatalkan atau ditambah dengan ketetapan yang dipersetujui oleh dua pertiga suara yang hadir dalam Muktamar Tahunan PAS.

7) Sudahkan pindaan ini mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan?

Fasal 77: 3) Sebarang pindaan, perubahan dan sebarang perkara yang berkaitan dengan perlembagaan ini tidaklah boleh dijalankan melainkan sesudah mendapat perakuan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

8) Sudahkah Majlis Syura Ulamak sendiri khususnya Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz dimaklumkan mengenai pindaan yang menyayatkan hati ini?

9) Siapa meminda dan apa agenda sebenar pindaan-pindaan yang drastik ini?


-http://greenboc.blogspot.com/2010/03/apa-dosa-tgna-dilucutkan-dari-jawatan.html

Saturday, January 30, 2010

Khabar Sedih


Tahni'ah UG & Tahni'ah Payung Terjun!
Anda Maksum

Rakaman JK Disiplin PAS



Rupa - rupanya mendedahkan rahsia PAS kepada Bloger Umno tidak salah.

Friday, January 29, 2010