Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, perbaikilah kami, angkatlah darjat kami, berilah kami rezeki, pimpinlah kami, afiatkanlah kami dan maafkanlah kami.

Waktu Solat Bagi Bandar Gerik dan yang sewaktu dengannya

Wednesday, November 11, 2009

Bai'ah talak: "Tiada dalam kepala saya"-Nik Aziz

Tahniah Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya menangkis persepsi buruk yg dimainkan oleh musuh.

Kami mohon juga tindakan diambil keatas pimpinan yg mendedahkan PAS kepada permasalahan ini dan jangan ada sikap pilih bulu mcm umno juga, jangan disapu kebawah karpet saja. Kami memerhatikan apa tindakan Jawatankuasa Disiplin. Berwibawalah sikit.

_____________

KOTA BHARU, 10 Nov | Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS.

Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu.

“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.

Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS.

PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.

Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam.

"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.

"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya.

PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu.

Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.

Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Kemudianya pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

- http://www.harakahdaily.net/v2/

BIARKAN NIK AZIZ TULIS BLOG

Assalamualaikum,

Ada pendapat yang tidak begitu selesa apabiola Tuan Guru Nik Aziz meluahkan pandangannya melalui blog. Saya berpendapat biarkan dan galakkan beliau meulis melalui blognya. Samada pandangan peribadi, pandangan rasmi atau apa saja, biarkan beliau menulis dalam apa media sekali pun.

Jelas tulisan beliau dalam blognya tempoh hari telah menghasilkan satu gelombang besar dalam PAS, namun apabila apa yang beliau maksudkan itu dikasi menjadi satu seminar, maka PAS kelihatan menyapu segala sampah dah habuk dan menyorokkannya di bawah karpet.

Tuan Guru Nik Aziz cuba membawa satu pembaharuan intelektual yang tinggi dalam PAS, namun getaran AJK PAS pusat tidak berani mengharung gelombang tersebut. Maka disapulah segala sampah ke bawah karpet dengan mengadakan satu seminar.

Namun isu yang sedang menunggu untuk merobek PAS tidak diperbetul.

Semalam saya mendengar keluhan sahabat saya Pak Sulaiman penjual mee kari dan pasembor di restoren Amjal;

HARAKAH tak laku sekarang!

http://hamirdin.blogspot.com/2009/11/biarkan-nik-aziz-tulis-blog.html

Saturday, November 7, 2009

Nik Aziz pemimpin PAS terunggul

Nov 7, 09 2:51pm | Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz mengekalkan kepercayaan politik dan persepsi positif masyarakat awam terhadapnya tetapi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula gagal mencapainya, kata seorang ahli akademik berdasarkan satu tinjauan.

Membentangkan dapatan tinjauan itu di seminar politik parti itu pagi ini, pensyarah kajian media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, Nik Aziz juga masih mengungguli tempat pertama sebagai pemimpin paling popular dalam PAS.

Sementara itu, terdapat penemuan mengejutkan apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak termasuk antara lima pemimpin paling popular PAS.

Tinjauan di kalangan lebih 2,000 responden dari seluruh negara itu menunjukkan, Abdul Hadi di belakang Nik Aziz.

Ia diikuti dua lagi pemimpin PAS: bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin di tempat ketiga dan ahli jawatankuasa pusat parti Mohamad Sabu (keempat).

- http://www.malaysiakini.com/news/116894

Thursday, November 5, 2009

Salah Di Segi Moral Untuk Meminta Bonus - Najib

Satu lagi projek tipu rakyat Malaysia -

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

Wednesday, November 4, 2009

SOLAT HAJAT UNTUK KEMENANGAN RAKYAT – PESURUHJAYA PAS PERAK

IPOH, 4 November – Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, meminta semua ahli PAS, pemimpin dan penyokong di semua peringkat
mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar memberi kemenangan dan memelihara keselamatan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, yang mana pada esok hari akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan, siapakah Menteri Besar Perak yang sah disisi undang -undang.

Beliau meminta seluruh ahli PAS dan rakyat yang cintakan keadilan memohon berdoa memohon pertolongan dari Allah SWT agar keputusan tersebut berpihak kepada Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin , serta dijauhkan dari perancangan jahat musuh-musuh Islam

Memetik ucapan beliau “ Saya mengarahkan kepada semua ahli PAS Perak disemua peringkat, supaya melakukan solat sunat hajat secara berterusan, mohon kepada Allah SWT agar diberi kemenangan kepada PAS, diberi Kekuatan kepada PAS, semoga Allah SWT Sentiasa Membela, Memelihara dan Melindungi pejuang-pejuang PAS, dan semoga Allah SWT satukan hati seluruh para pejuang Islam dan memfokuskan Matlamat perjuangan PAS, iaitu menumbangkan kezaliman dan menegakkan Islam.”

InsyaALLAH dengan bantuan daripada Allah SWT, PAS akan beroleh kemenangan sepertimana yang pernah diberikan kepada tentera Allah SWT
sebelum ini, seperti yang telah termaktub dalam Al Quran Karim, “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang tentera-tentera, lalu Kami kirmkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan” –
Surah a-Ahzab ( 33 : 9), jelas beliau.

http://perak.pas.org.my

Royalti Minyak Kelantan: Dewan Kecoh, Agih Pada UMNO?

Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.

Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.

Ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.

Najib berkata, kerajaan persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.

Katanya, sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.

"Bagi memastikan agihan wang ehsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemisminan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri," katanya, lapor Bernama.

Najib berkata demikian bagi menjawab sekaligus soalan-soalan yang dibangkitkan oleh beberapa ahli parlimen dari Kelantan sebelum ini berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu.

"Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya.

Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan.

Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya.

"Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum, begitu juga Terengganu,” katanya.

Najib berkata meskipun peruntukan perundangan itu jelas, kerajaan persekutuan sebelum ini telah memperuntukkan wang ehsan kepada Terengganu dengan mengambil kira keluaran petroleum di luar perairan negeri itu selain berdasarkan pembangunan dan pendapatan rakyat.

Kerajaan pusat memberi wang ehsan kepada Terengganu mulai 2000 yang dianggarkan RM1 bilion setahun selepas PAS mengambil alih pentadbiran negeri itu pada pilihan raya umum 1999.

"Kerajaan persekutuan komited untuk memberi pertimbangan adil dan saksama kepada semua negeri dan atas dasar itu Kelantan juga wajar diberi pertimbangan yang sama," kata Najib.

Menurut perdana menteri, berdasarkan maklumat Petronas, pada masa ini hanya terdapat satu medan petroleum, yang dikenali sebagai Medan Bumi Kelantan yang mengeluarkan hasil, tetapi ianya terletak di luar perairan Kelantan.

Selepas jawapan Najib, Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangun dan berkata bahawa Kelantan bukan "peminta sedekah" sambil terus menuntut royalti minyak untuk Kelantan.

Najib kemudian menyifatkan kenyataan ahli parlimen PAS itu sebagai sengaja mempolitikkan isu pemberian royalti.

"Hendak politikkan isu ini...tak habis-habis politik dia. Saya tidak tahu Yang Di-Pertua apa yang penting...kita sediakan dana ini untuk memberikan manfaat kepada rakyat Kelantan, sama prinsipnya seperti Terengganu," katanya.

Suasana persidangan menjadi tegang dengan beberapa wakil pembangkang termasuk Salahuddin, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) bangun menuntut penjelasan mengenai perbezaan antara royalti minyak dan wang ehsan yang diberikan.

Cubaan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) untuk meredakan keadaan dengan mengutarakan soalan tambahan tidak berjaya menyebabkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan semua ahli parlimen duduk atau menghadapi tindakan keluar dewan.

"Yang Berhormat...kalau perdana menteri, menteri tidak datang, Yang Berhormat mahu mereka datang. Tetapi bila mereka datang menjawab soalan Yang Berhormat tidak mahu dengar. Yang Berhormat syok cerita sendiri," katanya sebelum meminta Najib meneruskan jawapan beliau.

Menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), perdana menteri berkata bahawa sebelum ini wang ehsan itu tidak diberikan kerana berdasarkan peruntukan undang-undang Kelantan tiada hak untuk menerimanya.

"Ini melibatkan kawasan pertindihan...sekarang ini Petronas sahkan ada blok yang boleh dipertimbangkan, sebab itu kita timbang selain untuk pastikan rakyat Kelantan mendapat manfaat," katanya.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang kemudian terus mengemukakan pelbagai soalan kepada Perdana Menteri sehingga menuntut Pandikar Amin menghentikannya dengan meminta Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengutarakan soalan kedua dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

http://www.malaysiakini.com/news/116596

APAKAH ENGKAU BENAR BERJUANG?

Berjuang, berjuang
engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
berjuang, berjuang

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setiakawan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan
engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan
berjuang , berjuang

Berjuang, berjuang
engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
berjuang, berjuang

Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
engkau ingin berjuang
kerenah isteri tidak kau tahan
engkau ingin berjuang
rumahtangga lintang pukang
engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan
engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan
engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
pandangan engkau tidak diselaraskan
engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan

APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG?

- Kredit buat Qatrunnada.