Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, perbaikilah kami, angkatlah darjat kami, berilah kami rezeki, pimpinlah kami, afiatkanlah kami dan maafkanlah kami.

Waktu Solat Bagi Bandar Gerik dan yang sewaktu dengannya

Friday, February 13, 2009

suara kebenaran




Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau Serentak 7 April


Petikan Bernama


PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau, akan diadakan serentak pada 7 April ini, demikian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.Penamaan calon bagi kedua-duanya pula akan diadakan pada 29 Mac, demikian yang diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada satu sidang akhbar di sini selepas mempengerusikan mesyuarat khas selama hampir dua jam bagi membincangkan tarikh pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut.
Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rajyat (PKR) yang meletak jawatan.Tarikh writ dan notis pilihan raya masing-masiongnya akan dikeluarkan pada 16 Feb dan 17 Feb ini.

Pemuda PAS bantah program Musawah anjuran SIS



Saidah Hairan Fri Feb 13, 09 1:10:50 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS Pusat membantah program Musawah anjuran Sisters In Islam (SIS) di hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari ini.


Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, program Musawah tersebut dirasmikan Penasihat Khas Perdana Menteri, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.
Menurut beliau, antara topik yang akan dibincangkan berhubung kesemarataan Islam, gender, poligami, faraid dan sebagainya yang menyentuh isu-isu sensitif berkaitan dengan Islam.
Katanya, SIS tidak berhak untuk mempromosi tentang Islam yang tulen disebabkan kedangkalan mereka serta berlatarbelakangkan profesional.


Beliau menegaskan Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Program Musawah itu membincangkan nilai-nilai Islam liberal 'New Muktazilah' oleh ulama gerakan Islam yang merupakan antara bentuk penyamaran baru musuh untuk mengelirukan fikiran umat Islam turut dipromosikan oleh TV3.
Antara penceramah yang terlibat Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd. Riduan berkata topik yang sering dibincangkan tentang moral tidak boleh diperundangkan dan dosa-dosa peribadi bukanlah satu jenayah.
"Ini antara tunjang pemikiran Islam liberal yang kita lihat di negara umat Islam dan telah tersebar di Indonesia dan Pakistan," tegasnya.


Beliau melihat itu adalah fahaman musuh-musuh Islam sebab itu negara Indonesia gerakan itu ditaja oleh NGO Barat seperti Asia Foundation Corand dan di Indonesia menggunakan televisyen swasta termasuk majalah dan akhbar untuk mempromosikan fahaman Islam liberal.
Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS Pusat menyeru kepada NGO Islam dan NGO yang memperjuangkan pemerkasaan Melayu untuk tampil membantah bersama-sama.
Katanya, jika mereka boleh berarak di jalan raya dalam isu mempertahankan Kesultanan Melayu konon ada pendurhakaan di Perak kenapa dalam isu Islam mereka tidak boleh membantah.


"Saya cabar mereka untuk tampil menentang program mempromosikan Islam liberal kerana ini juga merupakan agenda untuk meruntuhkan jati diri orang Melayu," tegasnya.
Beliau turut menyelar sikap Umno yang dengan sengaja membiarkan fahaman itu menular dalam masyarakat.
"Saya berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi mengambil tindakan dan perlu melihat bahawa Islam liberal sebagai sebahagian ajaran sesat di negara ini dan seluruh dunia," tegasnya.

Wednesday, February 11, 2009

Kerajaan BN Perak haram, segala dasar baru boleh dicabar - Husam

Salmah Mat Husain Wed Feb 11, 09 7:05:46 pm MYT
KOTA BHARU, 11 Feb (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak tetap haram walau pun telah mempunyai enam anggota Exco baru, kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.

Katanya, apabila kerajaan yang memerintah sebuah negeri itu haram maka akan timbul pebagai masalah khususnya dari aspek pembayaran gaji, perbelanjaan dan dasar-dasar lain.
"Orang ramai yang tidak berpuas hati boleh mencabar di mahkamah. Pelantikan sebagai Menteri Besar atau anggota Exconya masih lagi tidak sah kerana Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin belum lagi melepaskan jawatannya.

"Lagi pun masih belum ada undi tidak percaya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Dalam kes ini, Tengku Razaleigh Hamzah juga mempertikaikan pelantikan Menteri Besar baru di Perak," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Sedangkan kata beliau semua orang tahu Ku Li juga pernah terlibat menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1978.
"Pada masa itu dibawa usul undi tidak percaya, di mana Speaker Dun telah mengizinkannya dan akhirnya kerajaan PAS Kelantan tumbang," ujarnya.
Kata beliau Menteri Besar Perak tidak melepas jawatannya dan bagaimana Menteri Besar baru pula dilantik.

"Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai perlembagaan dan undang-undang, bukan seperti Somalia," katanya.
Beliau juga tidak menolak krisis di Perak akan terus berpanjangan kerana kerajaan baru di tidak sah dari segi perlembagaan.
Beliau juga berkata, kerajaan Kelantan tetap akan mengadakan rundingan dan pertemuan dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah Nizar memandangkan beliau merupakan menteri besar yang sah.

"Sekarang terpulang kepada Umno untuk mengesahkan jawatan tersebut, namun bagi kita kerajaan Barisan Nasional yang baru ditubuh di Perak adalah haram," ujarnya.
Sementara itu dalam perkembangan lain Husam berkata, PAS akan mencalon pemimpin yang berpotensi untuk menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tidak lama lagi, bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Beliau berkata, Dewan Harian PAS Pusat yang akan bermesyuarat malam ini di Kuala Lumpur dijangka memutus perkara tersebut.
"Nama calon hanya diumumkan pada saat-saat akhir, itu sebagai satu strategi. Tindakan tersebut tidak sama dengan tempat lain," katanya. - mj _